Jutawan Indonesia, Raffi Ahmad korban 20 ekor lembu, ada yang cecah 1.3 tan

Entertainment
13 Jul 2022 • 6:40 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON dan jutawan Indonesia, Raffi Ahmad melakukan ibadah korban sempena Hari raya Aidiladha. Bagaimanapun saiz lembu korban menjadi perhatian ramai hingga ada yang seberat 1.3 tan!

Raffi dan isteri, Nagita Slavina menerusi saluran Youtube berkongsi haiwan korban mereka. Lapor Kompas TV, salah seekor lembu yang paling besar itu dibeli Raffi di Jogjakarta dan diberi nama Ontoseno.

Selain itu, lembu lain antara yang dikorbankan ialah seberat 1.2 tan, 1.1 tan dan sembilan ekor kambing.

image is not available
Kredit foto: Instagram raffinagita1717

Raffi Ahmad adalah antara selebriti paling popular di negara jiran, dengan lebih 63 juta pengikut Instagram. Akaun milik Raffi Ahmad dan Nagita Slavina adalah yang terbesar di Indonesia dari segi jumlah pengikut.

Bukan itu sahaja, Raffi dan isteri mempunyai 23.9 juta langganan di YouTube.

Di Indonesia, pasangan selebriti Raffi Ahmad dan isteri Nagita Slavina, diberi jolokan sebagai pasangan ‘sultan’.

image is not available
Kredit foto: Instagram raffinagita1717

Hal ini kerana, masing-masing mempunyai kekayaan luar biasa yang mungkin tidak dapat dicapai oleh pemikiran individu biasa.

Menerusi saluran YouTube Rans Entertainment, pembantunya yang juga menguruskan kewangan pernah mendedahkan Raffi memiliki kekayaan banyak sehingga mampu membeli aset yang mahal.

image is not available
Kredit foto: Instagram raffinagita1717

Mula berlakon pada usia 15 tahun, Raffi mengembangkan sayapnya sebagai pengacara, memiliki produksi sendiri, memulakan perniagaan kafe dan memiliki label pakaian sendiri.

Raffi dan Nagita mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rafathar Malik Ahmad, 6, dan Rayyanza Malik Ahmad yang kini berusia 8 bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.