Juventus disingkir daripada kejohanan Eropah

Football
29 Jul 2023 • 10:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Juventus tidak akan bermain di kejohanan Eropah musim depan.

JUVENTUS dihukum selepas melanggar peraturan kewangan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam Liga Persidangan Europa musim depan.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam satu kenyataan berkata, pasukan Gergasi Itali itu juga didenda €20 juta (RM100 juta).

“Juventus melanggar rangka kerja kawal selia UEFA... dan diputuskan untuk mengecualikan Juventus daripada pertandingan kelab UEFA 2023/24,” kata kenyataan UEFA.

Badan induk bola sepak Eropah itu berkata, denda tambahan €10 juta (RM50 juta) hanya akan dikenakan jika tahun kewangan 2023, 2024 dan 2025 tidak memenuhi keperluan perakaunan mereka.

Dalam pada itu, Juventus menerima keputusan itu dan tidak akan merayu sekatan yang telah dikenakan kepada pasukan.

“Juventus menganggap pelanggaran yang telah didakwa ke atas kami itu tidak penting dan tindakannya betul, telah mengisytiharkan untuk menerima keputusan itu,” kata kelab itu.

Fiorentina, yang menamatkan saingan di tangga kelapan Serie A musim lalu, berkemungkinan besar akan menggantikan Juventus dalam Liga Persidangan Europa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved