Juventus sudah bersedia untuk hilang de Ligt

Football
13 Jul 2022 • 11:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGENDALI Juventus, Massimiliano Allegri mengakui pasukannya bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya pemain pertahanan, Matthijs de Ligt berhijrah ke Bayern Munich.

Allegri yang mendedahkan perbincangan sedang berjalan mengenai perpindahan de Ligt itu, bagaimanapun tetap optimis dengan rancangan kelab untuk menggantikan pemain antarabangsa Belanda itu.

“Sebelum ini ada pertemuan diadakan bersama Bayern Munich berkenaan de Ligt. Bagainanapun tiada apa-apa persetujuan dibuat setakat ini membabitkan pemain itu.

“Seperti yang diketahui, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Tetapi jika dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab ini, kami bersedia,” katanya.

De Ligt sebelum ini seringkali dikaitkan dengan Bayern pada jendela perpindahan musim ini, dengan ketua eksekutif Juventus, Maurizio Arrivabene mendedahkan bulan lalu bahawa bekas pemain Ajax itu mahu meninggalkan Bianconeri.

Untuk rekod, pemain berusia 22 tahun itu telah membuat 87 penampilan Serie A sejak menyertai Juventus dengan nilai EURO85 juta yang dilaporkan pada 2019, namun bergelut untuk menampilkan aksi yang konsisten.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved