Juwairiya Zulkifli umum gerak kerja melalui agenda Hulu Kelang

7 Aug 2023 • 1:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

HULU KELANG: Juwairiya Zulkifli, calon Pakatan Harapan bagi N18 Hulu Kelang telah memperkenalkan rancangan gerak kerja beliau, "Agenda Hulu Kelang".

Inisiatif ini direka dengan teliti untuk memenuhi pelbagai keperluan di kawasan Hulu Kelang.

Agenda Hulu Kelang mengambil pendekatan realistik, menggabungkan elemen praktikaliti dengan matlamat yang boleh dicapai, dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada pengundi berbilang kaum seramai lebih 71,000 orang di Hulu Kelang.

Komitmen Juwairiya Zulkifli untuk membawa hasil yang nyata dan selari dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan Selangor menerusi rancangan "5 Tekad Untuk 5 Tahun," menjadikan beliau sebagai pemimpin yang berpotensi untuk membawa perubahan positif.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Melalui Agenda Hulu Kelang, Juwairiya menggariskan rancangan menyeluruh yang bersandarkan enam teras penting:

1. Meningkatkan Keselamatan dan Kesejahteraan Komuniti

2. Menegakkan Islam sebagai Cara Hidup

3. Memartabatkan & Mendayaupaya Wanita

4. Memangkin Potensi Anak Muda

5. Merancakkan Aktiviti Ekonomi dan Peluang Kerjaya

6. Membela Nasib Orang Asli Perancangan dalam Agenda Hulu Kelang direka untuk memenuhi keperluan jangka masa pendek komuniti dan menawarkan solusi mampan untuk mencapai aspirasi jangka panjang penduduknya.

Setiap inisiatif, dari meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan komuniti hingga memperkasa potensi belia, memartabatkan wanita, merancakkan aktiviti ekonomi, dan membela nasib Orang Asli, direka dengan teliti setelah proses konsultasi dengan komuniti setempat demi memastikan hasil yang realistik dan boleh dicapai.

"Agenda Hulu Kelang merupakan komitmen saya untuk menawarkan khidmat yang bermakna dan realistik untuk penduduk setempat, selaras dengan perancangan lebih luas iaitu “5 Tekad Untuk 5 Tahun” yang diumumkan oleh Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari," kata Juwairiya.

Mengambil contoh rancangan untuk menyediakan khidmat nasihat undang-undang kelaurga secara percuma kepada wanita, Juwairiya berazam untuk mengetengahkan dan memperkasakan wanita dalam komuniti.

Beliau juga mempunyai rancangan khusus untuk belia seperti cadangan untuk membangunkan Hab Pembangunan Anak Muda di Hulu Kelang untuk meningkatkan potensi belia melalui kursus pengaturcaraan komputer, kelas bahasa, dan latihan TVET mini.

Sebagai seorang pencinta alam, Juwairiya juga memberi perhatian khusus kepada hak rakyat Hulu Kelang untuk menikmati alam sekitar yang hijau. Beliau komited untuk melindungi zon hijau di kawasan Taman Melawati sebagai ekosistem semula jadi yang berfungsi.

"Penting untuk kita seimbangkan antara pembangunan fizikal dan pemeliharaan fungsi alam di dalam masyarakat moden kita. Saya akan berusaha untuk memenuhi keperluan ini.

Saya percaya pengundi Hulu Kelang akan melihat Agenda Hulu Kelang sebagai tanda komitmen saya untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi mereka.

Saya berharap para pengundi di Hulu Kelang akan mengundi pada 12 Ogos ini berdasarkan fakta dan sikap rasional," tambah Juwairiya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.