Secara lazimnya apabila kita melakukan aktiviti luar, kita akur bahawa terdapat kebarangkalian besar kita tidak akan dapat dihubungi kerana tiada rangkaian selular di puncak gunung. Tetapi jika anda ke Gunung Everest hari ini, anda boleh menikmati perkhidmatan rangkaian Internet pantas 5G.

Pihak China Mobile kemudian akan membina sebuah lagi menara 5G pada ketinggian 6=500 meter bagi membolehkan perkhidmatan selular sehingga 1 Gigabit sesaat dinikmati pada puncak Everest. Dengan rangkaian Internet yang pantas, hubungan antara pendaki dan kem induk dapat dilakukan dengan lebih mudah. Secara teorinya juga pendaki boleh menstrim video sejurus selepas mencapai puncak.

