JYY Group Himpunkan Pakar Perkasa Madu Kelulut Malaysia Ke Persada Antarabangsa

LocalHealth & Fitness
2 Oct 2026 • 10:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JYY Group Himpunkan Pakar Perkasa Madu Kelulut Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Usaha memperkukuh industri madu kelulut Malaysia diteruskan menerusi Simposium Saintifik Madu Kelulut Malaysia 2026 anjuran JYY Group yang menghimpunkan wakil kerajaan, universiti, penyelidik, pemain industri dan sektor peruncitan.

Simposium tersebut turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Chan Foong Hin, bersama Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Dato’ Nor Sam.

Image from: JYY Group Himpunkan Pakar Perkasa Madu Kelulut Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Menurut JYY Group, kerjasama antara pelbagai pihak diperlukan bagi memperkukuh penyelidikan, piawaian kualiti, penternakan mampan dan pembangunan pasaran supaya madu kelulut Malaysia mempunyai potensi untuk dikenali sebagai antara produk kesejahteraan tempatan di peringkat antarabangsa.

Image from: JYY Group Himpunkan Pakar Perkasa Madu Kelulut Malaysia Ke Persada Antarabangsa

JYY Group, Tiga Universiti Meterai Kerjasama

Sempena simposium itu, JYY Group turut menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bersama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Kerjasama berkenaan memberi tumpuan kepada penyelidikan madu kelulut, aplikasi industri serta pembangunan penternakan lebah secara mampan.

Image from: JYY Group Himpunkan Pakar Perkasa Madu Kelulut Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Dalam masa sama, sesi panel turut membincangkan pelbagai aspek madu kelulut, termasuk piawaian kualiti, penyelidikan neurosains serta penemuan saintifik terkini.

Penyelidikan Turut Libatkan Propolis Kelulut

JYY Group turut berkongsi perkembangan penyelidikan berkaitan JYNNS Trigona Honey dan produk berasaskan propolis kelulut.

Menurut hasil kajian yang dikongsi, JYNNS Trigona Propolis Oral Spray menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap tiga jenis bakteria yang diuji iaitu E. coli, Salmonella Typhimurium dan Streptococcus pyogenes.

Image from: JYY Group Himpunkan Pakar Perkasa Madu Kelulut Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Watsons Jadi Rakan Peruncitan Pertama

Dalam perkembangan sama, Watsons Malaysia menjadi rakan peruncitan pertama yang menawarkan keseluruhan rangkaian produk JYNNS Trigona, termasuk madu kelulut, propolis kelulut dan semburan mulut propolis kelulut.

Kerjasama ini membolehkan produk tersebut dipasarkan menerusi rangkaian peruncitan yang lebih luas, sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan produk berasaskan sumber lebah tanpa sengat Malaysia.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan JYY Group, Alann Tan, usaha memperkenalkan madu kelulut Malaysia ke pasaran dunia memerlukan kerjasama antara kerajaan, penyelidik, penternak lebah, pemain industri dan rakan peruncitan.

JYY Group berharap madu kelulut Malaysia dapat membina identiti di peringkat global dan suatu hari nanti dikenali sebagai antara produk premium yang sinonim dengan Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang JYY Group dan JYNNS, sila layari laman web rasmi, serta ikuti Facebook, Instagram dan RedNote.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved