K-SARANG Super Concert 2026 Himpunkan Kyuhyun Dan AHOF, Hangatkan Kuala Lumpur April Ini

LocalEntertainment
5 Mar 2026 • 4:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Gelombang K-pop bakal kembali menghangatkan pentas tempatan menerusi penganjuran K-SARANG SUPER CONCERT 2026 yang akan berlangsung pada 11 April 2026, jam 6 petang di The Arch Galeries. 

image is not available

Konsert sulung di bawah jenama K-Sarang ini menjanjikan sebuah malam penuh magis buat peminat apabila menampilkan vokalis utama kumpulan Super Junior, Kyuhyun, serta kumpulan yang semakin meningkat naik, AHOF. 

Acara yang dibawakan oleh HIFIVE Entertainment bersama K-WAVE ini dilihat sebagai permulaan era baharu pengalaman konsert K-pop secara langsung di Malaysia.

Peminat boleh menjangkakan persembahan yang bukan sahaja mempamerkan vokal mantap dan koreografi memukau, malah menjanjikan momen istimewa antara artis dan peminat yang pastinya mencipta kenangan sukar dilupakan. 

Kyuhyun yang terkenal dengan balada penuh emosi dan suara lunak yang memikat hati dijangka membawakan rangkaian lagu hits yang sering menjadi siulan ramai, manakala AHOF pula bersedia menampilkan tenaga segar dengan persembahan dinamik yang menjadi identiti mereka. 

image is not available

Gabungan artis senior dan kumpulan generasi baharu ini dilihat mampu menarik pelbagai lapisan peminat K-pop tempatan.

Pengarah Urusan HIFIVE Entertainment, Sean Pereira berkata, K-SARANG Super Concert bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya satu perayaan cinta terhadap K-pop dan simbol penyatuan peminat tanpa mengira bahasa serta sempadan negara. 

Jenama K-Sarang sendiri menggabungkan huruf “K” yang mewakili budaya pop Korea dan perkataan “Sarang” yang bermaksud cinta, sekali gus melambangkan hubungan erat antara artis dan peminat.

Tiket konsert ini dijual secara eksklusif menerusi platform Ticket2U dengan harga bermula RM388 hingga RM888 mengikut kategori. 

image is not available

Semua pemegang tiket bakal menerima kad foto dan poster bertandatangan digital, manakala peminat kategori tertentu turut berpeluang menyertai sesi sound checkserta acara send off bersama artis. 

Dengan skala penganjuran yang besar dan barisan artis berprofil tinggi, K-SARANG SUPER CONCERT 2026 dijangka menjadi antara acara hiburan paling dinanti-nantikan tahun hadapan, sekali gus mengukuhkan lagi fenomena Hallyu di Malaysia. - Getaran, 5 Mac 2026

View Original Article