K-SEMANIS’24 jana inovasi digital dan kreativiti pelajar Selangor

LocalTechnology
10 Sep 2024 • 8:18 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Simbolik perasmian K-SEMANIS'24.

Inovasi digital adalah sangat penting untuk menaikkan semangat pelajar dan membangunkan ekonomi negara.

Semasa ucapan perasmian Karnival Memacu Reformasi Pendidikan Madani: Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi Selangor 2024 (K-SEMANIS’24), Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah menekankan inovasi digital demi pembangunan ekonomi Selangor.

“Di dalam kerangka Ekonomi Madani, sangatlah penting bagi Malaysia untuk kekal sebagai pemacu ekonomi di Asia Tenggara, khususnya ekonomi digital.

“Kita telah mulakan usaha digitalisasi seawal 2016 dengan Smart Selangor,” ujar beliau.

Selain itu, beliau juga menyatakan pendekatan teknologi digital boleh menarik minat pelajar, sejajar dengan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengurangkan keciciran pelajar.

“Pelajar boleh ditarik menerusi elemen-elemen digital, sebagai inspirasi bagi mereka untuk mencetuskan idea berinovasi,” katanya.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Hanisah Muhd Ali ketika ucapan aluannya berkata tema K-SEMANIS’24 adalah pendekatan yang tepat dalam memastikan pendidikan di negeri Selangor sentiasa relevan.

“K-SEMANIS’24 bukan hanya sekadar satu acara, tetapi ia merupakan satu manefestasi komitmen kita untuk memacu reformasi pendidikan ke arah yang lebih inovatif dan berkualiti,”

“Seminar pada hari ini akan menjadi satu medium dan wadah kepada guru-guru dan murid kita serta warga pendidik bagi melonjakkan kualiti pendidikan,” ujar beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved