Twitter Kini Menghadapi Kesukaran Untuk Diakses

TechnologyDigital
17 Feb 2020 • 5:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak beberapa minit lalu, kami mendapati bahawa laman media sosial Twitter menghadapi kesukaran untuk diakses oleh para pengguna khususnya di Malaysia.

Kami mendapati buat masa ini, ia tidak boleh diakses melalui ISP seperti Time, Unifi mahupun pembekal-pembekal internet mudah-alih seperti Celcom, Digi dan Maxis tidak boleh mengakses laman web tersebut buat masa ini.

Melihat kepada laman web Isitdownrightnow.com, Twitter masih boleh diakses oleh mereka, jadi ini mungkin adalah isu DNS dimana terdapat beberapa negara ataupun rantau yang tidak boleh mengakses laman tersebut.

Buat masa ini, tiada butiran mengenai mengapa isu ini sedang berlaku, tetapi kami akan mengemaskini artikel ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan kepastian.

Dikemaskini: Twitter kini kembali beroperasi seperti normal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved