Ketua Saintis NVIDIA Membangunkan Ventilator Sumber Terbuka

TechnologyDigital
4 May 2020 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Diantara perkakasan perubatan yang paling diperlukan oleh hospital-hospital sekarang di waktu wabak pandemik COVID-19 ialah alat bantuan pernafasan ventilator.

Diantara isu awal mengenai masalah ini ialah hospital sentiasa memerlukan perkhidmatan alat ventilator ini untuk pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

image is not available

Terdapat pelbagai syarikat yang telah membangunkan alat ventilator ini, dan terkini, ketua saintis NVIDIA, Bill Dally telah hadir dengan sebuah ventilator sumber terbuka mampu-milik yang mudah dibangunkan.

Dibangunkan dalam masa dua minggu sahaja, satu ventilator ini boleh dibangunkan dalam masa beberapa minit sahaja pada kos $300, dan boleh dikurangkan kosnya di masa hadapan.

Ventilator NVIDIA ini telah diuji dengan simulasi jantung, dan sedang menunggu untuk pengesahan daripada USFDA.