Pesawat Ukraine terhempas di Iran

8 Jan 2020 • 12:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TEHERAN - Sebuah pesawat Ukraine yang membawa 180 penumpang dilaporkan terlibat dalam nahas tidak lama selepas ia berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di selatan ibu negara Iran awal pagi tadi.

Pegawai Kanan Perhubungan Awam di lapangan terbang itu, Ali Khashani berkata, pesawat Boeing 737 tersebut yang dalam perjalanan ke Kiev itu terhempas di kawasan Parand sebuah bandar di daerah Robat Karim.

Sementara itu, agensi berita Fars melaporkan siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada masalah teknikal. - Agensi

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved