Huawei Nova 5 Telah Menerima Pengesahan Di China – Dijangka Hadir Dengan Fungsi Pengecasan Pantas 40W

27 May 2019 • 10:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Walaupun Huawei sedang diasak daripada isu sekatan di A.S., mereka nampaknya masih aktif dalam membangunkan peranti baru. Huawei kini dalam persedian dalam menawarkan Huawei nova 5, yang mana ia sudah pun menerima pengesahan agensi 3C di China.

Salah satu fungsi yang dijangka membawa penambah baikan adalah dari segi sokongan pengecasan. Huawei nova 5 bakal hadir dengan fungsi pengecasan 40W, berbanding 18W pada Huawei nova 4 sebelum ini.

Pengesahan ini juga memperlihatkan ia hadir dengan sokongan tri-kamera pada bahagian belakang. Untuk di bahagian hadapan, Huawei nova 5 bakal membawakan rekaan skrin berlubang bersama pengimbas cap jari di bahagian bawah skrin.

Cuma apa yang menjadi persoalan di sini, adakah peranti ini akan dengan Android? Beberapa kemungkinannya adalah ya kerana Huawei masih tertakluk di bawah lesen sementara yang berlangsung selama 90 hari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved