Covid-19: Waktu melawat di HSI dipendekkan

13 Mar 2020 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JOHOR BAHRU - Waktu melawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dipendekkan setengah jam pada tengah hari dan satu jam pada sebelah petang sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi notis makluman perubahan waktu melawat arahan pengarah hospital itu seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), bilangan pelawat juga akan dikurangkan dengan kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun dilarang sama sekali melawat pesakit di wad hospital berkenaan.

Waktu melawat di hospital kini ditetapkan mulai jam 1 tengah hari hingga 2 petang (12.30 tengah hari hingga 2 petang sebelum ini) dan jam 5 petang hingga 6.30 petang (4.30 petang hingga 7 malam sebelum ini) setiap hari bekerja termasuk cuti umum dan cuti am.

“Peraturan ini (mengurangkan bilangan pelawat, larangan melawat oleh kanak-kanak berumur kurang 12 tahun dan memendekkan masa melawat) berkuat kuasa serta-merta dan sebarang perubahan akan diberitahu kelak,” menurut notis makluman perubahan waktu melawat terbabit. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved