Empat nelayan ditahan di perairan Miri

23 Sep 2019 • 9:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat nelayan Indonesia dan menyita pelbagai jenis ikan seberat setengah tan bernilai RM100,000, di perairan Miri jam 7.30 pagi ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, empat kru lelaki berumur 24 hingga 39 tahun itu ditahan ketika menangkap ikan di lokasi 3.7 batu nautika dari Kuala Baram.

"Keempat-empat kru bot nelayan tersebut melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan aktiviti penangkapan ikan di kawasan pesisir," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Menurutnya, kawasan pesisir telah dikhaskan untuk nelayan yang menggunakan bot-bot kecil dan tindakan kru kapal warga Indonesia telah menyebabkan rungutan dari nelayan bot nelayan kecil.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan aktiviti salah laku berlaku di perairan Miri, boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved