Pusat pemindahan sementara tutup sepenuhnya

10 Jun 2019 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

IPOH - Pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, yang menempatkan 27 mangsa banjir di Teluk Intan ditutup sepenuhnya jam 9.40 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, Marlia Mohd Belia berkata, semua mangsa dibenarkan pulang berikutan keadaan banjir di kediaman mereka sudah surut sepenuhnya.

image is not available
Air sudah surut sepenuhnya di beberapa kawasan di Changkat Jong.

"Hasil pemantauan agensi keselamatan mendapati banjir sudah surut sepenuhnya dan kediaman semua mangsa juga selamat untuk diduduki.

"Pusat pemindahan mangsa banjir di SK Changkat Jong, Teluk Intan ditutup pada 9.40 pagi. Terima Kasih kepada semua agensi yang terbabit dalam menyelia pusat pemindahan berkenaan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Pusat pemindahan sementara SK Changkat Jong dibuka jam 6 petang Jumaat lalu selepas hujan lebat mengakibatkan banjir di Kampung Batu 7 1/2, Batu 8 dan Batu 9 di Changkat JonG.

image is not available
Keadaan rumah mangsa banjir di sekitar Changkat Jong yang sudah dibersihkan.

Sementara itu, sebuah lagi pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Dipang, Kampar masih dibuka sehingga jam 9 pagi tadi dan menempatkan 14 mangsa daripada dua keluarga.