Oppo A91 dilancarkan di India pada Disember tahun lalu dan ia kini disahkan akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Akaun rasmi Oppo Malaysia mula mengacah pelancarannya namun tarikh masih lagi belum ditetapkan pada waktu ini.

Spesifikasi kamera pula ialah 48+8+2+2 MP dengan kamera swafoto pula sebesar 16 MP diletakkan dalam takuk skrin. Sistem kamera yang disokong pul ialah ultra lebar, hitam putih dan pengesan kedalaman. Tiada kamera telefoto optikal disertakan. Sedikit mengecewakan peranti ini masih lagi menggunakan Android 9 dan pelancar ColorOS 6.1.
