Di persidangan Snapdragon Summit 2019 sedang berlangsung di Hawaii pagi ini, Qualcomm akhirnya membuka tirai untuk pemproses terkini mereka iaitu Snapdragon 865 dan Snapdragon 765/765G. Kedua-dua cip ini akan menjadi enjin kepada peranti-peranti Android dengan sokongan 5G pada tahun 2o20 kelak.

Yang disahkan pada waktu ini ialah Snapdragon 865 akan menggunakan sistem modem-RF Snapdragon X55. Ini ialah modem 5G yang dilancarkan pada bulan Februari yang lalu. Ia mampu memberikan kemampuan muat turun sehingga 7GBps dan muat naik pula sehingga 3GBps. Pada Snapdragon 765G pula, moden Snapdragon X52 pula membolehkan muat turun pada kelajuan 3.7GBps.
Dengan pengenalan Snapdragon 865 dan 765G ini, Qualcomm percaya jumlah peranti yang menyokong rangkaian 5G akan meningkat pada tahun 2020 kelak.
Di dalam majlis yang sama Nokia, Oppo, Lenovo dan Xiaomi telah mengesahkan penggunaan Snapdragon 865 dan 765 pada peranti-peranti keluaran mereka pada suku pertama 2019. Malahan Xiaomi Mi 10 kelak akan menjadi antara peranti yang akan menggunakan Snapdragon 865. Secara tradisinya peranti Android dengan cip baharu akan dilancarkan ketika acara MWC Barcelona pada bulan Februari.
Sedang dikemaskini

