Xiaomi Memperacahkan Black Shark 2 Pro – Membawa Rekaan Seumpama Model Sebelum Ini

TechnologyDigital
23 Jul 2019 • 5:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi pada tahun ini telah melancarkan Black Shark 2 dengan janaan cip Snapdragon 855. Namun dengan pengenalan Snapdragon 855+, Xiaomi ingin membawanya pada peranti permainan ini, yang mana bakal dikenali sebagai Black Shark 2 Pro.

Xiaomi memperacahkan rekaan peranti ini melalui halaman rasmi Black Shark pada Weibo. Imej yang dikongsikan ini memperlihatkan pencahayaan LED pada belakang peranti, yang mana kelihatan hanoir serupa dengan model Black Shark 2 sebelum ini.

image is not available

Mengikut laporan sebelum ini, Black Shark 2 Pro bakal dijana dengan Snapdragon 855+ iaitu cip paling berkuasa untuk peranti Android tahun ini. Ia juga bakal dijana dengan memori 12GB RAM bagi membolehkan lebih banyak aplikasi dijalankan secara lancar.

Beberapa maklumat mengenai spesifikasi kamera, bateri, dan sebarang pembaharuan lain masih tidak dikongsikan oleh Xiaomi pada saat ini. Namun Xiaomi dijangka akan melancarkan Black Shark 2 Pro pada 30 Julai ini melalui sebuah acara pelancaran di China.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved