
KENINGAU: Tema sambutan Kaamatan tahun ini, “Kaamatan Untuk Semua”, amat bertepatan dengan semangat perpaduan yang dijunjung tinggi masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia menyerlahkan nilai keterangkuman dan membawa mesej bahawa Kaamatan adalah milik semua tanpa mengira kaum, agama atau status.
Katanya, Pesta Kaamatan yang diraikan saban tahun pada bulan Mei adalah perayaan yang paling penting bagi suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, Rungus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bagi masyarakat KDMR, Kaamatan adalah masa untuk mensyukuri hasil tuaian, menghormati alam semula jadi, mempererat hubungan kekeluargaan dan masyarakat, serta menyemai semangat gotong-royong dan persefahaman antara satu sama lain.
“Ia merupakan simbol penghargaan kepada ‘Bambarayon’, semangat padi yang menjadi sumber kehidupan dan rezeki,” katanya pada Pesta Kaamatan Peringkat Keningau yang berlangsung di Dataran Keningau di sini pada Ahad.
Teks ucapannya disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Datuk Robert Tawik
Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, Kaamatan juga menjadi platform terbaik untuk mempromosikan kekayaan warisan budaya, produk pelancongan termasuk hasil pertanian di Sabah mahupun pelaburan.
“Dalam konteks pertanian, perayaan ini dapat mengangkat industri padi ke suatu tahap yang lebih tinggi seterusnya menjadikan industri ini berkembang
dengan lebih rancak dan sebagai salah satu pemangkin ekonomi Negara” katanya.
Kaamatan juga katanya, mengingatkan masyarakat tentang perlunya memelihara tanah, air dan sumber alam dengan lestari agar kelangsungan hidup masyarakat kini dan generasi akan datang terus terjamin.
Dari sudut pelancongan Jeffrey berkata, Kaamatan menjadi tarikan unik yang tidak terdapat di tempat lain.
“Acara-acara seperti Unduk Ngadau, Sugandoi, Buvazoi Tavantang, Persembahan Seni Budaya, Pameran Hasil Tani dan Kraftangan, membuka peluang besar kepada usahawan tempatan dan mempromosikan Keningau serta Sabah kepada dunia luar,” jelasnya.

