KAB kembangkan portfolio rumusan tenaga mampan menerusi pengambilalihan ekuiti Matahari Suria bernilai RM5.3 juta

Business & Finance
25 Jul 2023 • 3:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KAB kembangkan portfolio rumusan tenaga mampan menerusi pengambilalihan ekuiti Matahari Suria bernilai RM5.3 juta

azan

25/07/2023 - 15:16

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kinergy Advancement Berhad (KAB) menerusi anak syarikatnya, KAB Energy Holdings Sdn. Bhd. berjaya mengelesaikan pengambilalihan keseluruhan pegangan ekuiti Matahari Suria Sdn. Bhd. (MSSB) bernilai RM5.3 juta bagi mengembangkan lagi portfolio segmen rumusan tenaga mampan.

MSSB memiliki sistem solar fotovoltaik (PV) atas bumbung Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dan mempunyai perjanjian pembelian tenaga boleh diperbaharui (RE) berterusan untuk membekalkan tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah konsesi tarif galakan sehingga 2037.

Timbalan Pengerusi Eksekutif yang juga Pengarah Urusan KAB, Datuk Lai Keng Onn berkata, menerusi pengambilalihan pegangan ekuiti itu, mereka berjaya mengembangkan lagi portfolio solar PV dengan strategi pertumbuhan segmen tenaga mampan mereka.

"Pengambilalihan itu dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan KAB sehingga 2037," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan kapasiti RE sebanyak 70% menjelang 2050, ia memberikan gambaran bahawa terdapat potensi besar untuk pengembangan dalam segmen tenaga mampan.

"Kami akan mengenal pasti lebih banyak peluang dalam solar PV dan sumber boleh diperbaharui lain untuk mempercepatkan pertumbuhan segmen tenaga mampan selain meningkatkan profil pendapatan jangka panjang kami," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved