Kabel lama di Jalan Cecily akan diganti, pastikan bekalan elektrik stabil: Adun

LocalPolitics
13 Dec 2024 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Kabel elektrik lama di Jalan Cecily sedang diganti secara berperingkat bagi memastikan bekalan elektrik lebih stabil, khususnya pada waktu puncak antara jam 7 malam hingga 10 malam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting Datuk George Hiew (gambar), langkah itu diambil berikutan aduan penduduk mengenai masalah voltan tidak stabil, dipercayai akibat peningkatan penggunaan elektrik.

AdvertisementKatanya, Sabah Electricity (SE) kini sedang dalam proses menggantikan kabel-kabel lama dan membahagikan bekalan elektrik di kawasan itu kepada tiga zon untuk mengurangkan beban sistem.

“Penduduk Jalan Cecily sydah lama menghadapi masalah bekalan elektrik yang tidak stabil. Sesetengah rumah hanya menerima bekalan sekitar 13 hingga 15 kilowatt-jam (kWh), jauh lebih rendah daripada keperluan harian.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Selepas kerja baik pulih oleh SESB, sesetengah penduduk kini menerima bekalan sehingga 180 kWh,” katanya selepas mesyuarat bersama SESB, di sini, Rabu.

Mesyuarat itu turut dihadiri Pengurus SESB Sandakan (Timur), Ir Siti Jamilah Alias, serta ketua jabatan dan kontraktor.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hiew yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Karamunting, berkata langkah penyelesaian segera telah dikenal pasti untuk menangani masalah ini.

Bagaimanapun, George berkata ketika ini, gangguan bekalan elektrik di Jalan Cecily masih lagi belum dapat diselesaikan sepenuhnya kerana kerja-kerja naiktaraf kabel elektrik masih belum selesai.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Hasil perbincangan perjumpaan itu, Siti Jamilah memaklumkan kabel penghantaran akan dilaras, penyelenggaraan akan diperketatkan, dan kabel lama diganti secara berperingkat.

“Selain itu, pihak Sabah Electricity juga akan mengkaji keperluan untuk menukar dan menaiktaraf kabel lain yang telah usang, bagi memastikan penduduk di Jalan Cecily boleh mendapat bekalan elektrik yang lebih stabil dan mencukupi,” katanya.

Hiew menyeru SE untuk mempercepatkan kerja menaik taraf kabel lama dan infrastruktur itu.

Sementara itu, beliau turut menggesa agensi terbabit memasang dan menyelenggara lampu jalan di kawasan itu, termasuk lampu jalan yang ditutup oleh pokok besar.

Katanya, walaupun pihaknya sudah memasang 200 lampu solar di sepanjang jalan tersebut, namun ia akan menjadi malap semasa hujan lebat.

“Perkara ini amat penting kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya, apatah lagi sekarang semasa musim hujan,” katanya.

Sehubungan itu, Hiew berkata beliau dimaklumkan bahawa kontraktor SE akan menyelesaikan masalah ini, manakala kerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan akan diteruskan untuk penyelenggaraan lampu jalan yang di bawah seliaan mereka.

“Usaha-usaha (untuk meningkatkan bekalan elektrik dan memperbaiki lampu jalan) ini penting untuk menjamin kestabilan bekalan elektrik dan mengurangkan gangguan kepada kehidupan harian penduduk.

“Kerjasama antara SESB, wakil rakyat, dan agensi kerajaan lain sangat diperlukan untuk menangani masalah infrastruktur seperti ini,” katanya.