Kabel Terputus, Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta Kabel Berjaya Diselamatkan

23 Aug 2023 • 12:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kabel Terputus, Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta Kabel Berjaya Diselamatkan

Dua kanak-kanak yang berdepan detik cemas ketika terperangkap dalam kereta kabel yang tergantung 900 kaki di atas kawasan pergunungan di Pakistan telah berjaya diselamatkan, menurut sumber tentera, lapor CNN.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak tersebut dalam perjalanan ke sekolah di wilayah Kyber Pakhtunkhwa apabila salah satu kabel terputus pada 8.30 pagi.

Timbalan pesuruhjaya daerah, Tanveer Ur Rehman berkata helikopter pengawasan tiba di lokasi kereta kabel sebelum sebuah helikopter yang lebih besar datang.

Helikopter yang lebih besar itu tiba untuk memastikan terdapat ruang yang cukup untuk membawa semua orang yang diselamatkan.

Difahamkan dua daripada pelajar yang menaiki kereta kabel itu berterusan tergelincir secara tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan.

Sesi menyelamatkan empat kanak-kanak yang lain dan dua orang dewasa yang tersangkut di dalam kereta kabel itu masih diteruskan.

Salah seorang mangsa menggesa pihak berkuasa negeri untuk mengambil tindakan segera memandangkan pelajar berusia antara 10 dan 15 tahun itu tidak mempunyai sumber minuman.

Ur Rehman berkata anggota penyelamat turut memberi ubat loya kepada penumpang selain memberikan ubat jantung kepada mangsa.

Sebuah video yang dikongsikan oleh perkhidmatan penyelamat sebelum ini menunjukkan orang ramai berkumpul di lereng gunung.

Penduduk menyaksikan seorang pegawai perkhidmatan khas diturunkan dari helikopter ke arah kereta kabel untuk menyelamatkan mangsa.

Kredit: AFP

Sebelum ini, seorang pegawai kerajaan tempatan berkata lapan kanak-kanak terperangkap bersama orang dewasa pada ketinggian 1,200 kaki (365 meter).

Menurut pegawai penyelamat, Bilal Ahmad Faizi, kereta kabel itu menghubungkan dua komuniti di rantau tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Anwar ul Haq Kakar mengarahkan semua kereta kabel usang ditutup serta-merta, menurut kenyataan dari pejabatnya.

Ramai kanak-kanak yang tinggal di kawasan terpencil dan pergunungan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bergantung pada kereta kabel sebagai kenderaan untuk pergi ke sekolah.

Sesetengah daripada kereta kabel ini tidak mempunyai penyelenggaraan dan ia boleh menjadi bentuk perjalanan yang berisiko.

Sumber: CNN