
SANDAKAN: Bomba Sandakan mengambil masa kira-kira lima jam bagi memadam kebakaran longgokan kabel Telekom Malaysia (TM) Sandakan di tapak simpanan kabel TM di Batu 2, di sini, pada petang Selasa.
Kepulan asap gelap dan tebal juga kelihatan di udara selepas kejadian yang dilapor berlaku kira-kira jam 3.02 petang itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui berkata, seramai 16 pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat Sandakan bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) melakukan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian yang juga dibantu petugas TM serta PDRM.
Operasi tamat pada jam 8.13 malam, sementara punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
