Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 – Senarai Nama & Jawatan

LocalPolitics
16 Dec 2025 • 4:02 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

image is not available

Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 menjadi tumpuan selepas Istana Negara mengesahkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku pagi tadi.

Walaupun Anwar sebelum ini menegaskan tiada perancangan rombakan besar dalam masa terdekat, Kabinet Kerajaan MADANI kini mempunyai empat kekosongan portfolio menteri susulan peletakan jawatan dan tamat tempoh pelantikan senator.

Kabinet Baru Kerajaan Madani ini diumumkan dengan sebanyak 27 jawatan Menteri dan Timbalan Menteri lantikan serta penukaran portfolio baharu.

Mengapa Perlu Rombakan Kabinet?

Rombakan Kabinet biasanya dilakukan apabila kerajaan mahu mengukuhkan pentadbiran, meningkatkan keberkesanan dasar, atau menangani isu semasa yang memerlukan kepakaran baharu.

Ia bukan sekadar menukar menteri, tetapi satu proses penyegaran semula untuk memastikan kabinet kekal berfungsi, relevan dan mampu memenuhi keperluan rakyat.

1. Mengatasi Prestasi Menteri yang Kurang Memuaskan

Jika ada kementerian yang gagal mencapai sasaran, tidak efektif atau sering dikaitkan dengan isu pentadbiran, rombakan kabinet memberi ruang untuk menggantikan atau menempatkan semula menteri demi memperbaiki prestasi kerajaan.

2. Menyelaraskan Semula Keutamaan Kerajaan

Kadang kala, fokus kerajaan berubah mengikut keadaan semasa misalnya krisis ekonomi, kenaikan kos sara hidup atau keselamatan negara. Rombakan diperlukan untuk melantik individu yang lebih sesuai dengan hala tuju baru ini.

3. Mengukuhkan Sokongan Politik

Dalam kerajaan perpaduan atau gabungan, rombakan kabinet boleh membantu menstabilkan sokongan parti-parti komponen dengan menambah wakil mereka dalam kabinet atau menyusun semula portfolio supaya lebih seimbang.

4. Memberi Nafas Baharu dan Meningkatkan Keyakinan Rakyat

Rombakan kabinet sering dilihat sebagai tanda kerajaan peka terhadap keluhan rakyat. Apabila tokoh yang lebih berwibawa dilantik, ia dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan mengurus negara.

5. Menangani Isu Integriti dan Kontroversi

Jika ada menteri yang berdepan skandal atau kritikan berterusan, rombakan kabinet membolehkan kerajaan memulihkan imej dan memastikan pentadbiran lebih bersih serta telus.

6. Penyesuaian Struktural Kementerian

Kadang-kadang kementerian perlu digabung, dipisah atau diwujudkan semula untuk menyesuaikan diri dengan keperluan ekonomi dan sosial semasa. Rombakan kabinet diperlukan bagi menyusun portfolio yang lebih logik dan efisien.

Senarai Lengkap Kabinet Baru Kerajaan Madani

Sebanyak 18 Menteri dan Timbalan Menteri ditukar portfolio, manakala sembilan lantikan baharu diumumkan Anwar.

Berikut adalah senarai anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu:

  1. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) – Hannah Yeoh
  2. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Lo Su Fui 
  3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah Sarawak) – Datuk Mustapha Sakmud
  4. Menteri Ekonomi – Akmal Nasrullah Mohd Nasir
  5. Timbalan Menteri Kewangan – Liew Chin Tong
  6. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) – Datuk Seri Johari Abdul Ghani
  7. Menteri Belia dan Sukan – Dr Mohammed Taufiq Johari
  8. Menteri Sumber Manusia – R. Ramanan
  9. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – Marhamah Rosli
  10. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Steven Sim
  11. Menteri Perladangan dan Komoditi – Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
  12. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam – Datuk Seri Arthur Joseph Kurup
  13. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – Dr Zulkifli Hasan
  14. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Mohamad Al-Amin
  15. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air – Datuk Seri Abdul Rahman Haji Muhammad
  16. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Datuk Chan Fung Hin
  17. Timbalan Menteri Luar Negeri – Datuk Lukanisman Awang Sauni
  18. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Lim Hui Ying
  19. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi – Adam Adli bin Abdul Halim
  20. Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya – Chiew Choon Man
  21. Timbalan Menteri Perpaduan Negara – Yuneswaran Ramaraj
  22. Timbalan Menteri MITI – Sim Tze Tzin
  23. Timbalan Menteri Kesihatan – Datuk Hajar Hanifah Hajar Taib
  24. Timbalan Menteri Ekonomi – Datuk Indra Muhammad Syaha bin Abdullah
  25. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam – Syed Ibrahim Syed Noh
  26. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi – Datuk Seri Huang Tiong Sii
  27. Timbalan Menteri Sumber Manusia – Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan
  28. Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Mordi Anak Bimol

[LIVE] Pengumuman Rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri 

Anda boleh saksikan pengumuman rombakan kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini:

Kredit: Astro Awani

Baca juga: