Kabinet Dance Dance Revolution Mini Yang Dimainkan Dengan Jari Kini Boleh Dibeli

TechnologyGamingDigital
6 Oct 2023 • 8:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kabinet permainan arked Dance Dance Revolution mungkin antara yang paling dikenali di dunia. Permainan rentak tarian ini memerlukan pemain menggunakan pergerakan kaki mengikut ritma lagu. Sempena ulang tahun DDR yang ke-25, kabinet mini telah dihasilkan oleh Konami dengan kali ini ia boleh dimainkan dengan jari.

image is not available

Kabinet kecil Dance Dance Revolution Classic Mini memuatkan tiga permainan iaitu Dance Dance Revolution, Dance Dance Revolution 2nd Mix, dan Dance Dance Revolution 3rd Mix. Dua “alat kawalan” yang disambungkan kepada kabinet boleh diletakkan di atas meja untuk dimainkan dengan jari atau dipegang dalam tangan seperti alat kawalan permainan video. Selain itu sekiranya anda mempunyai alat kawalan DDR saiz sebenar di rumah ia boleh disambungkan kepada kabinet mini ini.

image is not available

Skrin pada kabinet berfungsi dan memaparkan grafik permainan bersama dengan speaker terbina memainkan lagu yang ingin didengari. Jika skrin ini dirasakan terlalu kecil, sambungan HDMI ke TV boleh dilalukan. Walaupun bersaiz kecil, Dance Dance Revolution Classic Mini berfungsi seperti kabinet arked sebenar. Di Jepun ia boleh dibeli pada harga 43,780 Yen (~RM1384) sebuah.

View Original Article