Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan bahawa Kabinetnya tidak akan bersidang untuk meluluskan perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan pembebasan puluhan tebusan sehingga Hamas menarik balik apa yang disifatkan sebagai “krisis saat akhir.”
Pejabat Netanyahu menuduh Hamas melanggar sebahagian daripada perjanjian tersebut dalam usaha untuk “mendesak untuk mendapatkan lebih banyak kelebihan sebelum perjanjian dimuktamadkan” . Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai tuduhan itu tidak dijelaskan.
Kabinet Israel pada asalnya dijadualkan untuk mengesahkan perjanjian itu pada hari Khamis.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, bersama perantara utama Qatar, telah mengumumkan perjanjian itu pada hari Rabu. Perjanjian tersebut akan membawa kepada pembebasan 33 tebusan dalam tempoh enam minggu akan datang sebagai pertukaran dengan pembebasan ratusan tahanan Palestin dan pengunduran tentera Israel dari banyak kawasan di wilayah tersebut.
Semalam, beberapa hantaran gambar dan video tular yang merakamkan penduduk Gaza meraikan kemenangan gencatan senjata.
Setelah 15 bulan berdepan dengan segala ancaman, dugaan dan juga kemusnahan, rakyat Palestin akhirnya meraikan kemenangan tersebut. Bagaimanapun, ramai yang mula berteka-teki samada gencatan senjata itu benar-benar berlaku pada Ahad ini atau sekadar omongan kosong.
Sumber: AP
The post Kabinet Israel tangguh keputusan gencatan senjata appeared first on The Reporter.



