TELUPID: Jemaah Kabinet Sabah secara dasarnya meluluskan cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cadangan ini akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan datang, sekiranya rakyat dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bersetuju untuk meminda Perlembagaan Negeri berkaitan perkara tersebut.


