
BAGAN DATUK - Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penstrukturan itu tidak memerlukan perbelanjaan atau perjawatan tambahan sebaliknya menggunakan sumber tenaga sedia ada.
"Ini (penstrukturan) satu pendekatan di mana kita tidak mahu berlakunya pembaziran, sebaliknya menggunakan sumber yang ada untuk kita memanfaatkan kelapa ini bukan khusus untuk Bagan Datuk, tetapi kelapa di seluruh negara termasuk di pantai barat dan pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
"Insya-ALLAH kita akan realisasikan dengan kerjasama semua pihak dan kita tidak harus kerja secara bersendirian (work in silo) untuk mempromosikan sesuatu produk, terutama produk boleh jana pendapatan tambahan untuk penduduk luar bandar atau penduduk desa,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian selepas merasmikan penutupan Jelajah Hari Terbuka "Malaysia MADANI, UNISEL Depani” dan Kelapa Fest Bagan Datuk 2024 di Dataran Waterfront Bagan Datuk di sini pada Ahad.
AKAN MENYUSUL

