Kontroversi yang melanda dua selebriti baru-baru ini, penerbit drama, A Aida telah bertindak untuk tidak berkompromi dengan mana-mana selebriti yang bermasalah.
Susulan kontroversi tersebut juga, sebuah produk supplement dan kecantikan wanita juga menerusi satu kenyataan turut bertindak demikian.
Dalam kenyataan tersebut, Kitsui memohon maaf atas kesulitan dan kekeliruan yang berlaku menerusi pengambilan selebriti Ruhainies dalam penggambaran iklan produk mereka.
Ujarnya penggambaran melibatkan tiga artis terkenal iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies telah diadakan pada Oktober 2023.

Sehubungan dengan itu, pihak Kitsui berharap iklan tersebut tidak memberikan kesan kepada tayangan iklan.
“Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada october 2023.
“Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, KITSUI berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini,” tulis kenyataan itu.
Dalam pada itu, pihak Kitsui juga menegaskan tidak menyokong mana-mana pihak yang mengundang masalah.
“Kitsui tidak menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau kontroversi,” katanya.
Dalam hantaran yang sama, produk berkenaan juga dilihat memaparkan iklan tersebut dengan menyunting (blur) wajah Ruhainies.
Sumber: Kitsui Beauty
The post Kaburkan wajah Ruhainies dalam iklan, Kitsui Beauty enggan terpalit dengan kes kontroversi appeared first on The Reporter.

