“Kacak Anak Mama Yang Hebat” – Anak DS Vida Dipuji Sedekah Baju Raya, Siap Salam Dan Peluk

8 Apr 2023 • 3:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kacak

Anak lelaki kepada usahawan kosmetik, Dato Sri Dr Hajah Hasmiza Othman atau lebih glamor sebagai Datuk Seri Vida (DSV) menarik perhatian ramai apabila tak lokek belanja baju Melayu buat pekerja pam minyak.

Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau lebih mesra disapa Kacak berkata, pekerja warga asing itu pada awalnya memuji baju Melayu yang dipakainya. Kacak terus bertanya sama ada dia sudah ada baju raya kerana Kacak mahu hadiahkan sepasang kepadanya.

Kacak hadiahkan baju raya

Malah, remaja berumur 16 tahun ini turut membenarkan pekerja warga asing itu memilih warna kesukaannya.

Tindakan Kacak yang memeluk dan mencium tangan pekerja itu turut menerima reaksi positif daripada netizen. Kata netizen, biarpun bergelar anak jutawan, Kacak tak sombong dan lupa diri.

image is not available

image is not available

Alhamdulilah. Satu tindakan yang harus dijadikan contoh buat anak muda yang lain kan?

Kredit: TikTok @kacak.officialmy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.