‘Kacau awak ke ‘baby’?’ – Peniaga nasi lemak tak puas hati ditegur netizen

29 Jul 2024 • 11:57 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Peniaga kecil-kecilan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam berniaga. Perkara yang paling mencabar untuk diterima adalah teguran. Sama ada teguran dari pelanggan, orang awam atau pihak berkuasa. Sebagai peniaga, setiap teguran yang diajukan secara baik, wajarlah direspon dengan jawapan yang baik.

Berlainan pula dengan seorang peniaga nasi lemak ini yang didakwa menggelar individu yang membuat teguran terhadapnya dengan gelaran ‘babi’.

Sejak beberapa hari lalu, tular gambar tangkap layar sesi membalas komen peniaga terbabit dengan seorang individu yang menegurnya.

Difahamkan, individu itu menegur tindakannya membuka gerai menjual nasi lemak di persimpangan yang tidak sepatutnya kerana dibimbangi akan menghalang laluan kenderaan.

image is not available

“Dekat simpang jugak la nak buka meja (niaga),” tulis individu berkenaan pada video tersebut.

Malangnya, peniaga itu memilih untuk menjawab dengan cara yang tidak wajar.

“Kacau awak ke ‘baby’?” balasnya.

Tindakannya itu mengundang persoalan ramai yang kemudian bertanya apa maksud ‘baby’ sehinggalah seorang netizen tampil menjelaskan huruf ‘Y’ ditukar dengan huruf ‘i’. Dan penjelasan itu turut disahkan betul oleh peniaga berkenaan.

Gambar tangkap layar itu tular di media sosial dan ramai netizen mengecam cara peniaga itu menjawab teguran yang diberikan.

‘Kenapa tak buka tengah jalan?’ – Netizen

image is not available

‘Orang bagi nasihat, kau menganjing’ – Netizen

image is not available

‘Ramai-ramai report dekat DBKL’ – Netizen

image is not available

‘Kenapa masih ada yang support dia?’ – Netizen

image is not available

View Original Article