Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa bunga api di Kampung Jenjarom, Hulu Langat. - Gambar oleh Azim Rahman
Memasang pelita, mengacau dodol dan memukul beduk merupakan antara tradisi orang Melayu ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Aktiviti-aktiviti ini memberikan kemeriahan terutama pada malam raya.
Ia bukan sahaja merapatkan hubungan sesama anggota keluarga dan jiran tetangga malah aktiviti ini merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan selain menjadikan Hari Raya sebagai sesuatu yang amat bermakna.
Jurufoto Getaran, Azim Rahman mengadakan tinjauan di Kampung Jenjarom, Hulu Langat dan merasai keunikan tradisi ini. Ternyata ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga untuk beliau.
Dengan keunikan dan kehangatan tradisi-tradisi yang dilakukan oleh penduduk Kampung Jenjarom ini, maka tidak hairanlah jika sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman selalu menjadi momen yang dinanti-nantikan.
Bukan senang untuk mengacau dodol kerana ia memerlukan tenaga yang kuat namun sudah pasti ia tidak menjadi masalah memandangkan Aidilfitri hanya setahun sekali.
Beberapa remaja memasang pelita, iaitu antara tradisi pada malam raya.
Penduduk di Kampung Jenjarom ini bekerjasama mengacau dodol, iaitu satu aktiviti yang sering dilakukan menjelang hari raya.
Rumah ini dihiasi dengan pelita dan lampu sekali gus memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri.
Tradisi memukul beduk yang diamalkan sejak zaman berzaman di Kampung Jenjarom.
Menaiki lori beramai-ramai sambil memukul beduk menjadikan suasana di kampung berkenaan sangat meriah.
Generasi muda didedahkan dengan tradisi memukul beduk.
Bermain bunga api, antara aktiviti yang dinanti-nantkan oleh kanak-kanak setiap kali tibanya Aidilfitri.
Antara aktviti yang boleh dikatakan 'wajib' pada hari raya adalah bermain bunga api dengan rakan-rakan dan jiran.
Dekorasi lampu ketupat dan ucapan Selamat Hari Raya di jalan masuk Kampung Jenjarom.