Kad Grafik Predator BiFrost Intel Arc A770 Mula Dijual Di Pasaran Terpilih

TechnologyDigital
13 Feb 2023 • 12:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Acer, dibawah jenama Predator mereka telah mula membangunkan kad grafik mereka sendiri menggunakan kad grafik Intel Arc Alchemist A770, iaitu salah satu daripada kad grafik kelas pertengahan yang diperkenalkan oleh Intel.

Predator BiFrost Intel Arc A770 ialah sebuah kad grafik yang hadir dengan rekaan penyejuk berwarna hitam dengan dua kipas penyejuk Aeroblade 3D dan juga Frostblade. Kad grafik ini hadir dengan kelajuan asas 2.2GHz dengan memori GDDR6 sebanyak 16GB dan penggunaan kuasa TDP setinggi 250W.

image is not available

Menurut beberapa laporan, kad grafik ini sudahpun mula ditawarkan di beberapa pasaran seperti Amerika Syarikat, yang mana ia sudahpun disenaraikan di gudang atas-talian Amazon pada harga $349.

Kami telah menanyakan kepada Acer Malaysia untuk mengetahui samada kad grafik ini akan ditawarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved