Kad Kahwin Tersebar, Ina Naim Bakal Berkahwin Dengan ‘Mohd K’ 8 November Depan?

LocalEntertainment
25 Oct 2024 • 8:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim didakwa bakal bernikah pada 8 November depan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mohd K.

Kad kahwin tersebar di media sosial?

image is not available

Difahamkan kisah perkahwinan kali kedua Ina ini sudah hangat diperkata ramai di laman media sosial sejak beberapa minggu lalu tetapi ia dinafikan oleh ibu tunggal tersebut.

Ahli kumpulan Hijjaz, Isman Nadim yang sebelum ini dituduh bakal berkahwin dengan wanita terbabit tampil meluahkan rasa lega kerana memang bukan dirinya serta tiada kena mengena dengan perancangan perkahwinan itu.

Isman dedah Ina bakal berkahwin, tiada tarikh lagi

Dalam pada masa yang sama, Isman memaklumkan kepada pihak Harian Metro bahawa Ina sendiri memaklumkan kepadanya bakal suami merupakan orang biasa dan bukan daripada kalangan selebriti.

image is not available

Saya ada hubungi Ina dan bertanya kepadanya. Memang dia mengakui dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan. Itu sahaja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya.

Kata Isman, jika benar Ina bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi tidak lama lagi, dia mendoakan agar ibu tunggal itu serta anak-anaknya menjalani kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.

image is not available 1 week ago

"Ina Dah Saya Anggap Macam Adik" - Isman Hijjaz Nafi Bakal Nikahi Ina Naim