Kad Rekod Derma Darah Kini Ditambah Dalam MySejahtera, Pengguna IOS Dah Boleh Kemaskini

Digital
30 Sep 2022 • 11:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kad Rekod Derma Darah Kini Ditambah Dalam MySejahtera, Pengguna IOS Boleh Kemaskini Aplikasi

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin umumkan ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera yang menampilkan kad derma darah secara atas talian.

Menerusi perkongsiaannya di laman Twitter rasminya, beliau berkata ciri itu akan tersedia setelah selepas anda membuat kemaskini aplikasi itu di Apple mahupun Playstore.

Namun begitu, untuk pengguna ‘Android’ kemaskini MySejahtera boleh dibuat sehari selepas kemaskini itu tersedia di Apple.

“Kemas kini kad penderma darah untuk MySejahtera telah tersedia di Apple sekarang. Google kebiasaannya sehari selepas itu. Kemas kini seterusnya akan mengandungi rekod derma buku merah,” tulisnya dalam Twitternya.

Aplikasi MySejahtera dikenalkan oleh kerajaan Malaysia sebelum ini ketika pandemik Covid-19 melanda dunia untuk memudahkan orang ramai membuat pemantau berkenaan wabak tersebut.

Menerusi aplikasi berkenaan, pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini berkenaan status semasa Covid-19 seperti jumlah kes harian dan sebagainya.

Sejajar dengan situasi negara yang kini dalam fasa peralihan ke endemik, aplikasi MySejahtera terus berkembang dan ditambah fungsinya untuk kemudahan orang ramai.