Kad Touch n Go Luxe Titan ada rupa hitam premium berharga marhaen

Digital
15 Dec 2023 • 5:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selama ini pilihan kad Touch n Go NFC dengan keupayaan tambah nilai terus dari telefon agak terhad. Tetapi tawaran terbaru ini pasti akan menarik minat anda. Touch n Go hari ini memperkenal kad serba hitam berjalur emas, dipanggil kad Touch n Go LUXE Titan Edition.

image is not available
Kad Touch n GO Luxe Titan perlu ditempah di Lazada

Tambah menarik apabila Touch n Go menjual kad ini pada harga RM25 sahaja, tetapi lebih mahal RM15 berbanding kad Touch n Go NFC yang biasa. Ia kini telah dijual atas talian di kedai rasmi Touch n Go di Lazada dan Shopee. Memandangkan ia sangat popular, anda perlu sentiasa melawat Lazada dan Shopee untuk membelinya.

Selain atas talian, kad Touch n Go LUXE Titan Edition akan turut dijual di Pusat Khidmat Jualan Touch n Go di Bangsar dan Nu Sentral, mulai 26 Disember 2023.

Fungsi kad edisi terhad ini sama seperti kad Touch n Go NFC. Pengguna boleh membuat tambah nilai kad terus dari telefon pintar yang memiliki fungsi NFC, menerusi aplikasi Touch n Go eWallet. Kad ini juga menyokong fungsi PayDirect untuk membayar tol, di mana ia akan menggunakan baki di aplikasi Touch n Go eWallet apabila kad disentuh di plaza tol.

Ketahui cara untuk tambah nilai kad Touch n Go NFC di telefon pintar di sini. Selain itu, perlu diketahui bahawa kad Touch n Go NFC ada tarikh luput lebih pendek, hanya 7 tahun berbanding 10 tahun di kad biasa.

Bacaan Berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved