“Kadang Dia Seperti Tak Hidup Dalam Rumah..” – Ellie Suriaty Akui Hanya Mahu Azri Iskandar Setia

Entertainment
15 Jun 2022 • 2:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon serta pengarah yang sememangnya dikenali ramai iaitu Ellie Suriaty membuka mulut menceritakan kehidupan rumah tangga yang dibina selama 19 tahun bersama pelakon Azri Iskandar yang baru-baru ini sudah disahkan bercerai.

Menurut Ellie mengenai bekas suaminya itu, dia dapat merasai Azri sudah tidak lagi mahu meneruskan rumah tangga yang dibina bersama lagi.

Melalui temubual yang dilakukan bersama-sama pengacara Datuk Aznil Hj. Nawawi itu, pelakon itu turut berkata biarpun Azri berada di dalam rumah tetapi dirinya seakan-akan tidak ‘hidup’ lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Dalam pada itu, Ellie turut mengakui dia bukanlah wanita yang inginkan hadiah mahal-mahal, namun apa yang diingini adalah kesetiaan daripada Azri.

Dia mudah kahwin dengan saya dan cerai pun mudah.. Saya perlukan kesetiaan saja.

Sepanjang perkongsiaan cerita daripada Ellie, wanita itu sememangnya seakan-akan berasa ‘sakit’ dengan apa yang telah berlaku hingga membuatkan dirinya mengalirkan air mata semasa meluahkan kepada Aznil.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 5 hari lalu

"Saya Sendiri Terkejut Tengok Berita.." - Akui Diajak Nikah Lepas 2 Hari Bercerai, Azri Iskandar Ada Wanita Lain?