Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi BNM

Business & Finance
7 Jun 2025 • 10:50 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sepanjang minggu ini, bank pusat mengendalikan operasi harian dengan melaksanakan tender repo berbalik dan repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menokok kepada RM32.60 bilion daripada RM28.50 bilion pada akhir minggu sebelum itu.

Dalam sistem kewangan Islam, lebihan mudah tunai mencatatkan penurunan kepada RM23.60 bilion daripada RM27.20 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus pada 6 Jun.