Kadar Penggunaan Pembayaran Nirtunai Di Malaysia Cecah Sebanyak 75.6%

LocalTechnology
3 Nov 2025 • 8:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendedahkan sebanyak 75.6% rakyat Malaysia kini menggunakan kaedah pembayaran nirtunai dalam urusan harian. Walaupun trend ini menunjukkan penerimaan teknologi yang positif, ia turut membuka ruang kepada penipuan digital yang semakin licik dan sukar dikesan.

image is not available

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada sebelum melakukan sebarang transaksi, terutamanya ketika mengimbas kod QR. Semakan teliti terhadap maklumat penerima dan platform pembayaran amat penting bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Orang ramai juga digalakkan untuk mengenal pasti risiko atas talian dan bertindak segera sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan. Sebarang insiden perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa manakala maklumat lanjut boleh diperoleh melalui saluran rasmi yang disediakan.

Sikap cakna ini bukan sahaja melindungi diri malah turut membantu membanteras jenayah siber secara bersama.