Kadar pinjaman CIMB, Hong Leong naik mulai 8 Nov ini

Business & Finance
4 Nov 2022 • 6:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menaikkan kadar standard asas (SBR), kadar asas (BR) dan kadar deposit tetap/kadar pendapatan pulangan tetap i-akaun sebanyak 25 mata asas berkuatkuasa pada 8 Nov, 2022.

Ini sejajar dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), semalam.

Dalam kenyataannya, CIMB Group berkata semua kemudahan pembiayaan berdasarkan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) akan turut dinaikkan sebanyak 0.25 peratus.

Sementara itu, Hong Leong Group menerusi kenyataan berasingan, mengumumkan langkah melaras naik SBR kepada 2.75 peratus mulai Selasa depan.

Kadar BR dan kadar asas Islam (IBR) akan dinaikkan kepada 3.63 peratus daripada 3.38 peratus.

“Begitu juga pinjaman dan pembiayaan yang berasaskan BLR dan kadar pembiayaan Islam (IFR) yag akan disemak kepada 6.64 peratus daripada 6.39 peratus,” katanya.

Pelaksanaan kesemua kadar baharu terbabit akan dibuat mulai 8 November ini.-Bernama