Kadar Tol Lebih Murah Tapi Bukan Sekarang!

LocalPolitics
9 Sep 2024 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sekiranya kos pembinaannya dapat dikawal selain tidak berlaku sebarang ketirisan dan rasuah, rakyat bakal menikmati kadar tol lebuh raya yang lebih murah.

Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam majlis perasmian Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban (Arah Selatan), Lebuh Raya Utara Selatan, Seremban, semalam.

“Saya pernah ucap dulu, semasa pengalaman saya dengan UEM di peringkat awal, bagaimana kos itu terpaksa ditingkatkan pada hal boleh dikurangkan kerana terlalu banyak bayaran yang diberikan untuk pantaskan kelulusan.

“Ini mesti dihentikan, saya percaya untuk projek-projek seterusnya pastikan kelulusan disegerakan,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyifatkan Kawasan RnR Seremban (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan itu adalah RnR lestari pertama di lebuh raya di negara ini.

image is not available

Konsep lestari yang ditampilkan di R&R berkenaan iaitu seperti penggunaan tenaga solar dan sistem penuaian air hujan boleh diperluaskan di kawasan R&R yang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved