Kadar zakat fitrah di Kelantan RM7

10 Mar 2024 • 5:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MAIK menetapkan kadar zakat fitrah di Kelantan sebanyak RM7. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah di negeri ini sebanyak RM7.

Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun rakyat Kelantan diberikan pilihan untuk membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan harga beras yang digunakan.

"Penetapan itu mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

"Kadar nisab zakat harta bagi negeri Kelantan tahun ini ialah sebanyak RM23,831," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter Baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan atau menerusi portal MAIK di zakat.e-maik.my.

Ujarnya, pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan ini.

"Bersama-sama kita menghidupkan Ramadan ini dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved