Kafe dalam gua paling rare di Malaysia, pilihan destinasi iftar dengan keunikan tersendiri

Travel
31 Mar 2023 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
kafe dalam gua

SEKARANG ini, sudah banyak kafe unik yang dibuka kepada orang ramai dengan tarikan tersendiri.

Pastinya keenakan makanan menjadi aspek utama, selain dekorasi yang cantik dan sedap mata memandang membolehkan kita lepak lebih lama.

Terbaharu, SinarPlus lihat, makan di dalam gua sudah menjadi trend.

Bunyi macam pelik jer kan tapi sebenarnya di dalam negara kita ni, sudah banyak premis sedemikian beroperasi.

image is not available
Kredit foto: Chevanon Photography

Malah, sudah ada pelanggan tetap khususnya peminat kopi.

Pemandangan yang sangat cantik di dalam gua batu kapur yang dijaga rapi memang menarik perhatian.

Berikut 4 lokasi yang boleh anda lawati nanti jika ada masa terluang pada bulan puasa ini atau pada bila-bila masa:

image is not available

1. Jeff’s Cellar

  • Salah satu lokasi fine dining paling popular di Ipoh, Perak.
  • Ia terletak di The Banjaran Hotsprings Retreat dan memang dekat dengan sumber alam semula jadi.
  • Kelebihan gua batu kapur berusia hampir 260 juta tahun itu menjadi tempat makan romantik buat mereka yang mahu mengabadikan memori indah bersama insan tersayang.

Alamat: No 1, Persiaran Lagun Sunway 3, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 6 petang hingga 11 malam
Facebook: The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh Malaysia
Instagram:@banjaranhotsprings

image is not available

2. Gua Lepak

  • Destinasi makan-makan terbaharu di dalam gua yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
  • Hidden gem yang terletak di Batu Caves, Selangor itu memberikan banyak pilihan makanan kerana terdapat 14 gerai di sana.
  • Nak berbuka puasa pun boleh. Terus walk in saja.

Alamat: Jalan TIB 1/3, Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor
Waktu operasi: 5 petang hingga 1 pagi
Facebook: Gualepak
Instagram: @gualepak

image is not available

3. Dulang Tea House

  • Rumah kopi dalam gua! Pernah trending satu masa dulu kerana terletak di Sunway Lost World Of Tambun, Perak.
  • Untuk daftar masuk, kena bayar tiket dulu ya dan bolehlah lepak di sana sambil menikmati roti bakar dan roasted rice tea.

Alamat: No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 10 pagi hingga 11 malam
Facebook: Sunway Lost World Of Tambun
Instagram: @sunwaylostworldoftambun

image is not available

4. Cafe Kupi Kahpi

  • Tempat lepak santai terbaharu di Perlis. Lokasinya yang terletak di dalam gua batu kapur semula jadi itu juga sesuai untuk peminat sukan ekstrem.
  • Mana tidaknya, banyak aktiviti boleh dilakukan di sana. Antaranya menerokai gua dengan pilihan enam pintu masuk, mendaki bukit dan bermain ATV.

Alamat: Bukit Tau Adventure Park, Jalan Santan, Kampung Padang Lati, Perlis
Waktu operasi: 9 pagi hingga 7 malam
Facebook: Bukit Tau Adventure Park

Kebanyakan foto yang dikongsikan pengunjung memang menarik.

Bagi mereka yang teringin nak buka puasa di sana, pastikan semak waktu operasi terlebih dahulu ya.

image is not available
Foto sumber: Pexels

Karang pergi jauh-jauh, sekali sampai tutup pula. Kempunan jadinya nanti.

Apapun rakyat Malaysia memang kreatif bab makan-makan. Jika kalian ada tempat menarik lagi pelik yang mahu dikongsikan, silalah kongsi di ruang komen kami.

Jika benar rare seperti yang diperkatakan, mungkin kami boleh datang reviu nanti. Okey! Selamat berpuasa semua.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

View Original Article