Kafe Estetik Dan Instagramable, Nikmati Menu Fusion Di Zoro La Promenade Mall Kuching

20 Nov 2022 • 5:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hidang pelbagai menu fusion yang enak dengan plating yang ekslusif

Kafe Estetik Dan Instagramable, Nikmati Menu Fusion Di Zoro La Promenade Mall Kuching. Makanan Asian sudah sebati dengan masyarakat Malaysia, malah ramai di antara kita menjadikan menu-menu-menu Asian seperti sushi, tom yam atau nasi goreng sebagai juadah wajib untuk dipesan jika makan di restoran.

image is not available
Kafe Estetik Dan Instagramable, Nikmati Menu Fusion Di Zoro La Promenade Mall Kuching. Kredit foto: La Promenade Mall

Senang kata, memang tak susah nak mencari juadah ini dari restoran mewah sehinggalah gerai di tepi jalan.

Anda wajib cuba menu-menu ini

Memandangkan kita sudah sebati dengan rasa makanan daripada pelbagai negara Asia ini, apa kata anda berkunjung pula ke kafe Zoro yang terletak di dalam bangunan La Promenade Mal di Samarahan ini.

Restoran ini menyediakan menu asli daripada negara-negara Asia, namun mendapat sentuhan fusion bagi memberi pengalaman berbeza semasa menikmati pelbagai juadah signature di kedai ini.

image is not available
Kredit foto: Zoro Kuching

Antara menu fusion yang dihidangkan adalah smoked caramelize onion & potato soup, miso halibut, grain fed tenderlion & tiger prawn dan sebagainya.

Tak cukup dengan itu, jangan lupa pesan desert dan anda harus cuba menu ini iaitu pencuci mulut dark truffle dengan persembahannya yang menawan, ditambah pula dengan ais krim vanila yang disajikan sekali bersama honeycomb.

Anda pasti tidak akan menyesal.

Restoran pun cantik dan tampak mewah

Selain makanan fusionnya yang sedap, kafe ini juga berkonsepkan ‘estetik’ dan ‘Instagramable’.

Kadang kala bukanlah nak pergi makan beriya sangat pun, cuma nak terokai ‘hidden-gems’ yang wujud di sekitar kawasan kita. Sambil-sambil menikmati makanan yang dipesan bolehlah ambil gambar untuk dikongsi bersama rakan di IG.

image is not available
Kredit foto: Zoro Kuching

Sekiranya anda berminat untuk mencuba makanan di kedai ini, restoran ini dibuka setiap hari isnin hingga Ahad dari pukul 9:30 pagi hingga 9:30 malam.

Lokasinya pula terletak di Unit 1, Ground Floor, La Promenade Mall 94300 Samarahan Expressway.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman facebook mereka di sini.