Kagum Lihat Pembangunan Di Sarawak, Lelaki Semenanjung Puji Kuching Bandar Paling Bersih

28 Sep 2022 • 9:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dia mengatakan Kuching adalah bandar paling bersih pernah dilihatnya.

Kagum Lihat Pembangunan Di Sarawak, Lelaki Semenanjung Puji Kuching Bandar Paling Bersih. Bagi yang belum pernah lagi menjejak kaki ke Bumi Kenyalang, terutama bagi rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung, pasti ada sesetengah individu yang masih lagi berpikiran bahawa negeri ini tidak sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan.

Ini kerana ramai yang memikirkan Sarawak adalah negeri yang tidak membangun dan tiada perkara menarik yang boleh dilakukan di sini. Sebelum anda buat penilaian tersebut, apa kata anda jejak dahulu kaki di Sarawak. Pasti anda akan jatuh cinta dengan persekitaran, budaya, makanan, alam semulajadi, dan orang-orang di sini.

image is not available
Kagum Lihat Pembangunan Di Sarawak, Lelaki Semenanjung Puji Kuching Bandar Paling Bersih

Berasa tidak teruja pada mulanya untuk ke Kuching, Sarawak

Menjadi bualan ramai warganet, kisah seorang lelaki dari Semenanjung yang berkongsi di Facebook pengalaman pertamanya menjejak kaki di Sarawak telah mendapat perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, dia berkata pada mulanya, dia berasa tidak teruja untuk ke Kuching, Sarawak kerana memikirkan pasti Bandaraya tersebut bosan dan tidak beberapa maju.

image is not available
Gambar tangkap layar dari FB Faizul Ezmin II

Namun pendapatnya itu terus berubah pada hari kedua setelah dia mula menerokai Kuching! Dia mengatakan Kuching sememangnya meriah, trafiknya pula jem mengalahkan Puchong di Selangor.

Bandaraya Kuching memang padat dan happening, pusat membeli belah pula banyak dan meriah, tambahnya lagi.

image is not available

Bandar paling bersih yang pernah dilihat olehnya

Walaupun dirinya berasa amat kagum dengan pembangunan di Sarawak, tetapi perkara yang paling menarik perhatiannya adalah Bandaraya Kuching ini merupakan Bandar paling bersih yang pernah dilihat olehnya.

Pujian selepas pujian, lelaki dari Semenanjung ini menyambung lagi pujiannya kepada pihak DBKU dan juga rakyat di Kuching yang bertanggungjawab tidak membuang sampah merata-rata.

You all are truly civilize citizen… Respect ahh… Sikit lagi je nak jadi macam Singapore…

Faizul Ezmin II

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Jalan di Kuching amat baik dan tiada lubang

Selain itu, dia juga berkata jalan di Kuching adalah baik dan tiada lubang yang ditemuinya sepanjang menerokai bandar ini.

image is not available
Kredit gambar: FB Faizul Ezmin II

Jatuh cinta dengan mee kolok

Bercerita tentang makanan pula, dirinya telah jatuh cinta dengan mee kolok! Dia berkongsi pengalamannya jatuh cinta dengan mee kolok terkenal di Kuching iaitu Haji Salleh di mana dia sanggup beratur untuk sarapan pagi di sana selama tiga hari berturut-turut.

Walaubagaimanapun, dia berkata bahawa dirinya kurang gemar dan tidak faham kenapa ikan terubok ini menjadi ‘ikan kebangsaan Sarawak’ dan mesti dibawa balik buat buah tangan. Dia berkata ikan tersebut terlalu banyak tulang dan dia tidak faham mengapa orang terlalu menyukai ikan tersebut.

Akhir perkongsiannya itu, dia berasa puas hati dengan pengalamannya bercuti di Kuching dan mengajak orang ramai agar melancong di sini kerana ia adalah amat berbaloi. Rakyat Kuching telah memberikan contoh baik betapa bertanggungjawabnya rakyat di sini memastikan Bandar mereka bersih walaupun tiada denda seperti Singapura.

Jadi, bagi yang belum lagi berpeluang untuk ke Kuching, Sarawak, anda boleh mula menerokai Bumi Kenyalang yang merupakan port pelancongan underrated di Malaysia ini.

Selain jejaka ini, mereka juga kagum dengan Sarawak: