Kahwin Dengan Gadis Bawah Umur, Pengantin Lelaki ‘Cabut Lari’ Semasa Bersanding

13 Aug 2023 • 3:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gadis berusia 16 tahun terpaksa menyambut tetamu seorang diri

Kahwin Dengan Gadis Bawah Umur, Pengantin Lelaki ‘Cabut Lari’ Semasa Bersanding. Sebuah kisah tragis berlaku di Bima, Sumbawa, Nusa Tenggara Barat apabila seorang gadis berusia 16 tahun, dikenali sebagai K, terpaksa menyambut tetamu di atas pelamin seorang diri.

Ini kerana pengantin lelakinya, KA, telah melarikan diri sejurus selepas akad nikah.

image is not available
Kahwin Dengan Gadis Bawah Umur, Pengantin Lelaki ‘Cabut Lari’ Semasa Bersanding

Lelaki pergi meninggalkan majlis dengan bantuan keluarganya sendiri

Menurut bapa K, Encik Adhar, KA telah meninggalkan majlis dengan serta-merta selepas akad nikah.

“Beliau terus meninggalkan bilik dan melarikan diri dengan bantuan keluarganya menggunakan motosikal,” jelas Encik Adhar.

Walaupun kedua-dua keluarga telah bersetuju untuk melangsungkan resepsi selepas akad nikah, keluarga KA tiba-tiba memutuskan untuk tidak meneruskan resepsi tersebut.

image is not available

Keluarga KA memang tidak berhasrat untuk meneruskan pernikahan tersebut.

Encik Adhar merasa kecewa kerana kad jemputan telah diedarkan dan mereka tidak mungkin membatalkan resepsi yang telah dirancang. “Kami telah menghantar undangan dan tidak mungkin kami membatalkan majlis,” ungkapnya.

Dalam keadaan yang mencabar ini, Encik Adhar memilih untuk meneruskan majlis resepsi dan meminta anaknya, K, untuk duduk di atas pelamin bagi menyambut tetamu yang hadir.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Sementara itu, ketua kampung setempat, Encik Muhammad, mengesahkan bahawa K memang masih di bawah umur untuk bernikah mengikut undang-undang kampung. “Benar, K masih belum cukup umur,” kata Encik Muhammad.

Beliau juga menambah bahawa kedua-dua keluarga pengantin memang menghadapi masalah sebelum akad nikah dan keluarga KA memang tidak berhasrat untuk meneruskan pernikahan tersebut.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

View Original Article