Kahwin Tak Sampai 24 Jam, Lelaki Ini Minta Cerai Selepas Lihat Isteri Tanpa ‘Makeup’ Buat Kali Pertama

8 Apr 2023 • 11:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Si suami terkejut melihat wajah isterinya yang sebenar pada malam pertama

Kahwin Tak Sampai 24 Jam, Lelaki Ini Minta Cerai Selepas Lihat Isteri Tanpa ‘Makeup’ Buat Kali Pertama. Perkahwinan adalah ikatan yang lazimnya mengikat satu pasangan seumur hidup, justeru pasangan suami isteri diharapkan akan saling menyayangi, menyokong dan setia antara satu sama lain selagi mereka hidup.

Namun, lelaki ini tidak sempat meluangkan masa lebih 24 jam bersama isterinya apabila dia mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya selepas melihatnya tanpa solekan buat kali pertama pada malam pertama mereka.

image is not available
Kahwin Tak Sampai 24 Jam, Lelaki Ini Minta Cerai Selepas Lihat Isteri Tanpa ‘Makeup’ Buat Kali Pertama

Telah bersama selama beberapa tahun sebelum berkahwin

Menurut laporan, lelaki dari China yang berusia 30 tahun itu, dikenali sebagai Cao, telah berkahwin dengan isterinya, Trang, yang berusia 47 tahun, walaupun perbezaan umur mereka yang ketara.

Difahamkan, mereka telah berkenalan melalui media sosial dan telah menjalinkan hubungan selama beberapa tahun sebelum berkahwin.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Sepanjang mereka bersama, Cao berkata dia sentiasa tertarik pada Trang yang dianggapnya cantik, penyayang, yakin dan matang. Selain itu, latar belakang keluarga mereka juga serupa.

Cao memutuskan untuk meminang Trang setelah bersama untuk beberapa lama dan mengadakan perkahwinan yang ringkas di kampung halaman mereka.

Namun, perkahwinan mereka masih belum berdaftar secara sah sebagai pasangan suami isteri tetapi ‘perkahwinan’ mereka diiktiraf oleh ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Terkejut melihat wajah isteri yang sebenar pada malam pertama

Difahamkan, Trang telah menanggalkan semua solekan dari mukanya pada malam pertama mereka dan tindakan tersebut telah mengejutkan Cao.

Menurut Cao, ia adalah kali pertama dia melihat wajah isterinya yang sebenar dan berkata bahawa dia hampir tidak dapat mengenali wanita yang dikahwininya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Katanya lagi, dia berasa tertipu kerana dia menyangka Trang sentiasa menunjukkan wajah sebenar dia sepanjang mereka bersama, oleh itu tidak dapat mengenali wajah sebenar isterinya selepas menanggalkan solekan.

Ia difahamkan Cao meminta cerai serta menghalau isterinya keluar dari rumah susulan itu. Bagi Trang pula, alasannya menggunakan solekan tebal adalah dia hanya ingin kelihatan cantik untuk memuaskan hati suaminya dan mengambil keputusan untuk memakai solekan yang tebal setiap kali mereka berjumpa.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Antara meneruskan perkahwinan atau bercerai

Susulan kejadian tersebut, ia dilaporkan Trang telah memberi pilihan kepada suaminya iaitu sama ada meneruskan perkahwinan atau bercerai – tetapi Cao dikehendaki membayar pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan (sekitar ~RM128.1k).

Cao turut berkata dia menjadi mangsa dalam situasi itu dan mendapatkan bantuan peguam untuk menyelesaikan isu terbabit. Namun, ia tidak pasti sama ada pasangan itu berpisah atau mengekalkan hubungan mereka.

Apa pendapat anda tentang isu ini? Adakah anda berasa tindakan si suami adalah wajar? Atau ia tidak adil untuk si isteri? Komen pendapat anda di bawah.

Lagi di sini: