Kaji semula larangan bina Rumah Mesra SMJ atas air

LocalPolitics
29 Sep 2024 • 4:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

SANDAKAN: Larangan membina bantuan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di atas air wajar dikaji semula bagi memastikan akses pembinaan dapat diterjemahkan kepada golongan sasar mengikut kesesuaian tempat.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, Urusetia SMJ perlu terlebih dahulu meneliti kesesuaian tempat atas air yang tidak mempunyi risiko bencana alam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Gagasan Rakyat Bahagian Sekong di Dewan Masyarakat Sandakan, Jumaat, selepas merasmikan MAT di Bahagian Karamunting minggu lalu.

“Resolusi MAT kedua-dua bahagian itu adalah sama, mereka meminta kerajaan negeri mengkaji semula polisi supaya Rumah SMJ dapat dibina di tapak atas air.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more “Banyak projek Rumah Mesra SMJ tertangguh pembinaan di kedua-dua kawasan itu hanya kerana kedudukan tapak yang dicadangkan atas air payau.

“Tetapi saya melihat tapak atas air payau di kawasan itu selamat daripada bencana ombak dan air pasang besar kerana kedudukan rumah tradisi penduduk di situ terlindung dengan dataran dan pulau berdekatan,” jelasnya.

Menurut beliau, sudah menjadi tradisi turun-temurun kebanyakan penduduk di Sekong dan Karamunting membina rumah atas air payau tanpa pernah berlaku sebarang bencana alam melibatkan tsunami atau ombak pasang besar.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) menggesa kerajaan negeri melonggarkan syarat agar pembinaan rumah SMJ dapat dibina atas air yang tidak berisiko.

Masiung mahukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KLPB) Sabah mengkaji semula polisi tersebut agar rumah SMJ dibolehkan dibina di atas air mengikut keperluan golongan sasar.

Beliau memberi contoh, bangunan kerajaan atau rumah atas air sudah menjadi tradisi di Sabah seperti di Tuaran, Menumbok, Tawau dan perkampungan Pulau Gaya di Kota Kinabalu, yang dilengkapi bangunan sekolah, masjid dan bangunan milik kerajaan.

“Ramai penerima bantuan Rumah SMJ tidak memiliki tanah di dataran. Satu-satunya lot yang mereka ada cuma tapak rumah atas air,” jelasnya.

Adun Kuamut itu berkata, banyak bantuan Rumah SMJ di seluruh negeri kini tertangguh pembinaannya disebabkan polisi KPLB itu.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembinaan Rumah Mesra SMJ akan dinaikkan 40 buah di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri pada tahun depan, berbanding 20 buah sebelum ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.