Kajian Dapati 37% Rakyat Malaysia Mengaku Kongsi Kata Laluan, Nombor PIN Bank Dengan Kawan Rapat

14 Oct 2022 • 8:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kajian Dapati 37% Rakyat Malaysia Mengaku Kongsi Kata Laluan, Nombor PIN Bank Dengan Kawan Rapat

Tahap celik kewangan digital dalam kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap yang rendah dan membimbangkan hingga terdedah kepada menjadi mangsa penipuan jika tidak berhati-hati.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kajian mendapati 37% dari rakyat Malaysia berani kongsikan kata laluan dan nombor PIN akaun bank mereka kepada kawan rapat.

“Lebih satu pertiga responden (37%) sanggup berkongsi kata laluan dan/atau nombor PIN (personal identification number) akaun bank mereka dengan kawan rapat.

“Hal ini mendedahkan pengguna kepada risiko penipuan dalam talian, termasuk diperalatkan sebagai ‘akaun keldai’ bagi memudahkan kegiatan penipuan,” jelas mereka.

Selain itu, sebanyak 62% responden tidak mempedulikan keselamatan ketika melayari laman sesawang bank untuk melakukan sebarang transaksi perbankan secara atas talian.

Sikap ini dikhuatiri akan menjadi punca mereka terpedaya untuk memberikan sebarang maklumat pribadi berkaitan akaun bank mereka seperti nama pengguna atau kata laluan perbankan internet kepada laman sesawang palsu.

Maklumat ini boleh digunakan oleh penipu untuk melakukan penipuan.

Oleh itu, pihak bank-bank berusaha memberi pendedahan dengan mendidik dan memberi kesedaran bagi meningkatkan tahap celik kewangan digital kepada masyarakat.

“Terutamanya tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah penipuan perbankan dalam talian kerana ia sangat penting untuk mengekalkan keyakinan terhadap penggunaan perkhidmatan kewangan digital,” tambah mereka.

Sumber: BNM