Kajian – Kebarangkalian Lelaki Berkahwin Menjadi Obes Ialah Tiga Kali Ganda Lelaki Bujang

WorldTechnologyDigitalSpace
20 Mar 2025 • 7:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat kepercayaan berat lelaki akan meningkat selepas menjadi seorang suami. Saintis daripada Institut Kardiologi Kebangsaan Poland (NIKard) telah melakukan kajian saintifik ke atas fenomena ini dan mengesakan terdapat korelasi antara status perkahwinan dan peningkatan berat badan. Kajian melibatkan 1098 peserta lelaki dan 1307 peserta perempuan dengan usia median 50 tahun.

image is not available

Peserta lelaki mempunyai kebarangkalian 62% menjadi gemuk selepas berkahwin berbanding peserta wanita yang hanya mempunyai kebarangkalian 39%. Turut didapati ialah lelaki berkahwin mempunyai kebarangkalian tiga kali ganda lebih tinggi mempunyai masalah berat badan berlebihan berbanding lelaki bujang. Wanita berkahwin turut mencatatkan peningkatan berat badan selepas berkahwin tetapi selari dengan wanita bujang.

Kertas kajian ini akan dibentangkan di European Congress on Obesity yang akan berlangsung di Sepanyol antara 11-15 Mei depan. Kajian ini memusnahkan stereotaip wanita tidak tahu “menjaga badan” selepas menjadi isteri sedangkan realitinya ialah golongan suami mempunyai kekerapan lebih tinggi menjadi lebih gemuk.